Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM BUBUR LAMBUK KLINIK KESIHATANN KERTEH




Bubur lambuk mempunyai khasiat tersendiri kepada orang yang berpuasa. Perut yang kosong apabila diisi dengan bubur lambuk maka ia akan mudah dihadamkan dan diserap. Ditambah pula dengan hidangan kurma yang pelbagai jenisnya maka ia membekalkan tenaga segera kepada kita.
Pernahkah kita terfikir untuk mencuba memasak resipi bubur lambuk ini? Mungkin anda rasa mudah untuk pergi dapatkan di mana-mana tempat, namun jika kita sediakan sendiri untuk keluarga maka ia akan lebih enak dan berkhasiat. Ini kerana pihak keluarga klinik yang menyediakan bubur lambuk akan tertakluk kepada kos penyediaan mereka. Maka mereka tidak dapat menyediakan bahan-bahan yang lebih untuk dicampurkan kerana kosnya akan meningkat. Namun sekiranya kita memasak sendiri resipi bubur lambuk maka kita boleh sediakan mengikut selera kita dan keluarga.

Terima Kasih , Kepada semua Staff Klinik kesihatan kerteh.



































RESIPI BUBUR LAMBUK ( KLINIK KESIHATAN KERTEH ) 23082011.


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 2 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
  • segenggam udang hidup
  • 2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa
  • 8 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 3 batang serai dititik
  • 6 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 3 tangkai daun kesum dimayang halus
  • 2 sudu kerisik kelapa (jika suka)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
  2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.
  3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
  4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
  5. Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api. 

PROGRAM BUBUR LAMBUK KLINIK KESIHATANN KERTEH